Online Bookshop

PESAN USTAZ

Apakah sebenarnya racun yang menyebabkan diri masih berada di tahap yang sama meskipun berlaku penambahan hari bahkan usia? Menerusi buku ini, penulis menjelaskan musuh sebenar yang melambatkan dan membantutkan kecemerlangan diri.

Musuh itu bukanlah mereka; ibu ayah, adik-beradik, keluarga dan saudara-mara. Bukan juga majikan dan rakan sekerja mahupun peraturan kerja sepertimana yang kita sangkakan sebelum ini. Sebaliknya, yang perlu kita perangi adalah produktiviti yang rendah, tenaga yang tidak digunakan, masa yang terbuang dan beberapa perkara lagi yang jika diperhatikan semuanya berkaitan dengan DIRI SENDIRI.

Ya, di sinilah penulis melalui pengalamannya cuba berkongsi panduan sekali gus membongkar langkah demi langkah yang perlu dibangunkan untuk menjadi Muslim sejati yang sempurna lebih baik. Bagaimana menjadi diri sendiri dengan versi yang lebih baik? Bagaimana menjadi anda yang baharu?

Bermula dengan menggilap kualiti diri sendiri sehingga dapat menterjemah bakti kepada ummah, buku berkonsep self-help ini juga berkongsi tips menarik yang boleh dilakukan jika anda seorang ketua atau pekerja di sesebuah organisasi.

$20.19 inc. GST

498 in stock