Pendaftaran telah ditutup

Pergas sukacitanya ingin mengundang antum ke Bengkel Kemahiran Asatizah: Kemahiran Asas Kaunseling (Dari Perspektif Islam) bersama Ustaz Abdul Rahman Mohamed Sahid. Berikut adalah butirannya:

  • Topik: Kemahiran Asas Kaunseling (Dari Perspektif Islam)
  • Penyampai: Ustaz Abdul Rahman Mohamed Sahid
  • Tarikh: Sabtu (1, 8, 22, 29 April, 6, 20, 27 Mei 2017)
  • Tempat: LBKM, Wisma Indah
  • Masa: 9:00 pagi - 1:00 petang
  • Yuran
  • Early Bird (sah hingga 19 Mac): $120
  • Biasa (selepas 19 Mac): $140
  • Pendaftaran & pembayaran dibuat secara 'online'.
Maklumat lanjut, boleh hubungi kami di talian: 6346 9350 / 6346 9358, ataupun melalui emel: adt_temp@pergas.org.sg

 

Sinopsis:
Kaunseling merupakan satu bidang sains perlakuan terapan. Ia bertujuan menolong seorang insan mencapai kesejahteraan hidup. Kaunseling adalah salah satu pendekatan intervensi untuk membantu manusia menyelesaikan masalah.
Kursus ini menyediakan para peserta pengetahuan asas tentang proses kaunseling dan beberapa perspektif teoretis yang mendasarinya. Turut diketengahkan Kaunseling dari Perspektif Islam serta pendekatannya. Penekanan adalah untuk memperlengkapi para peserta dengan asas kemahiran kaunseling yang mungkin dapat diaplikasikan dalam terapeutik profesional. Kursus ini juga menyediakan para peserta peluang untuk memperkembangkan dan menghalusi kemahiran dalam pelbagai situasi dengan menerapkan nilai-nilai dan etika-etika profesional.


Bengkel