+65 63469350

  • Facebook
  • Twitter
  • Youtube
  • Insgram
Cart (0)

You have no items in your shopping cart.

Subtotal: S$0

Book Store

News/Events

01

Apr

Wasat Online

April 01, 2016

MENGENAI WASAT

Wasat adalah warkah dalam talian terbitan Jabatan Pembangunan Kajian, Pergas. Ia diwujudkan bagi menerbitkan apa jua penulisan hasil kajian dan pemikiran yang bertemakan wasatiyah (kesederhanaan).

Ia bertujuan menyebarluaskan idea dan menggalakkan wacana wasatiyah dalam kefahaman dan amalan Islam dalam konteks masyarakat Islam Singapura.

Sumbangan bahan penulisan amat dialu-alukan. Semua bahan penulisan haruslah memenuhi kriteria berikut:

• Bertemakan wasatiyah atau relevan dengan tema wasatiyah. Penyumbang boleh menulis dari apa jua sudut i.e. fiqh, akidah, akhlak, falsafah, sosio-agama, atau politik-agama asal sahaja isinya dapat dikaitkan dengan tema wasatiyah.

• Panjang penulisan ialah, minimum 1000 perkataan dan maksimum 2500 perkataan.

Penerbitan penulisan yang disumbangkan ialah atas budi bicara penuh pihak penyunting.

Pihak penyunting mempunyai hak untuk melakukan suntingan yang munasabah bahan yang disumbangkan atas faktor-faktor bahasa atau ruang.

Untuk menyumbang, sila hantarkan penulisan anda ke wasat@pergas.org.sg

Barisan Penyunting:

Ustaz Irwan Hadi Bin Mohd Shuhaimy

Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Md Yusoff

Ustaz Muhammad Haniff Hassan

Sundusia Bte Rosdi

Grafik / halaman web:

Remy Mahzam

Pembantu Teknikal:

Khairunnisaa Bte Abdul Rahim

https://wasatonline.wordpress.com/

Posted in Events By

admin admin