6 Rabiulawal 1429H/ 14 March 2008
Yang dihormati Ahli Pergas
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
TAKLIMAT AM BAKAL PELATIH
Untuk KURSUS PERSIAPAN BERUMAHTANGGA
Dan LATIHAN MODUL KEWANGAN KELUARGA
MATLAMAT
Taklimat ini bertujuan untuk mendedahkan Peserta dengan peranan dan tanggungjawab
sebagai Pelatih/Penceramah pada Kursus Persiapan Berumahtangga di bawah naungan
Kementerian Masyarakat, Belia & Sukan (MCYS).
Pergas bersama MCYS sedang berusaha memenuhi keperluan masyarakat dengan menampilkan bakal Pelatih-Pelatih baru bagi memenuhi ruang ini.
Lanjutan pada Taklimat ini pada hari yang sama, Peserta berpeluang mengikuti sesi Latihan Modul Kewangan Keluarga pula. Ia terbuka kepada bakal Peserta yang berminat untuk memenuhi jawatan sebagai Pelatih modul Kewangan Keluarga.
Di akhir latihan, Peserta akan berpeluang menyertai Kursus Nasional bagi modul-modul ini bagi mendapat pentauliahan sebagai Pelatih, termasuk Modul Kewangan Keluarga, di peringkat nasional.
SYARAT PENYERTAAN
• Peserta Shariah Advisory Training Programme (SATP) Pergas ATAU
• Lulusan GCE ‘A’ Level atau setaraf dengannya
• Mendapat pengi’tirafan Asatizah Recognition Scheme (ARS)
• Asatizah yang berpengalaman mengajar orang dewasa secara berkumpulan
ATAU
• Lulusan SPI/DPI Pergas yang cemerlang atau setaraf dengannya ATAU
BUTIR KURSUS
Tarikh : 19 April 2008, Sabtu
Masa : 9.30pg – 5.00ptg
Tempat : Wisma Indah, Changi Road, #03-01
BAYARAN
TAKLIMAT AM BAKAL PELATIH Sahaja : $5
LATIHAN MODUL KEWANGAN KELUARGA (termasuk Taklimat):
Ahli Biasa PERGAS : $50
Ahli Bersekutu PERGAS : $50
Bukan Ahli PERGAS : $70
TARIKH PENUTUP
14 April 2008.
Sila isikan borang lampiran dan kembalikan beserta bayaran penuh ke alamat
Pergas:
448 Changi Road , Wisma Indah #03-01, Singapore 419975.
Sekian, Wassalam.
Salam hormat
Ustazah Zarina Begum
Setiauasaha
Majlis Penasihat Kewangan Syariah
PERGAS