Program Takrif Islam di Rumah (PTIR)

Pergas

 

 

- Membawa Pembelajaran Islam Ke Rumah Anda -

 

 

Inginkan pembelajaran agama di rumah anda?

 

 

Sertai Program Takrif Islam di Rumah! Anda tidak perlu keluar rumah untuk mempelajari Islam.

 

 

Pengenalan Program Takrif Islam di Rumah (PTIR)

 

Ø      Program Takrif Islam di Rumah (PTIR) ialah sebuah program mengenal dan menghayati Islam menggunakan  pendekatan ‘home tutoring’, di mana Pergas bertindak sebagai agensi tuisyen serta menyediakan kurikulum dan pembimbing yang telah diiktiraf.

Ø      Program ini sesuai untuk seisi keluarga atau secara berkumpulan dan juga bagi mereka yang tidak berpeluang untuk menghadiri kelas-kelas agama di luar lingkungan rumah.

Ø      Program ini juga memberikan peluang kepada pelajar untuk meneruskan pengajian peringkat selanjutnya di Pergas.

 

 

Sturktur Program

 

Sesi:                            2 jam/sesi, 1x/seminggu

Waktu:                        Mengikut kesesuaian pelajar dan tenaga pengajar

Module:                      Kurikulum Pergas peringkat Takrif/ Pertengahan/ Lanjutan

Tempat:                      Di rumah pelajar.

 

 

Sinopsis dan Matlamat modul:

 

 

i) Peringkat Asas (Program Takrif Islam):

 

 

·        Pengenalan

 

Program ini telah direka untuk memenuhi keperluan para penuntut dewasa yang tidak mempunyai atau belum pernah melalui pembelajaran pengajian Islam secara formal. Program ini akan memuatkan cara pembelajaran yang bersifat praktikal dan mengetengahkan pendekatan amalan yang digalakkan (recommended practices) dalam melaksanakan ibadat harian.

 

·        Sinopsis Modul:

 

Modul ini memberi fokus kepada inti sari agama Islam yang meliputi Akidah, Akhlak dan beberapa maklumat dasar dalam persoalan Fikah. Modul ini akan memberikan penuntut beberapa cadangan praktikal dalam melaksanakan amalan-amalan harian sesuai dengan petunjuk dan cara yang dianjurkan oleh Islam.

 

·        Matapelajaran bagi Program Takrif Islam:

 

Iqra Kilat, Tiga Serangkai, Pedoman Orang Takwa & Sejarah Islam.

 

 

ii) Peringkat Pertengahan dan Peringkat Lanjutan

 

 

·        Pengenalan

 

Program ini telah direka untuk memenuhi keperluan para penuntut dewasa yang pernah mempunyai atau melalui pembelajaran pengajian secara formal. Program ini akan memuatkan Pembinaan dan Pembentukan Peribadi Muslim yang menyeluruh dengan membangkitkan kesedaran dan membentuk kefahaman yang berdasarkan ilmu dan Tasawwur yang jelas dalam beramal.

 

·        Matlamat Program

 

¡       Memahami dan menghayati asas-asas Islam yang umum dari sudut –

a)      Salimul Aqidah ( Aqidah yang Selamat / Betul )

b)      Shohihul Ibadah ( Ibadah yang Betul )

c)      Matinul Khuluq ( Akhlak yang Teguh)

¡       Melahirkan individu Muslim yang memahami Islam, beramal dengannya dan menjalankan kewajipan Islahi.

¡       Menyiapkan pelajar dengan kefahaman asas dalam fardhu ain (Aqidah, Syariah dan Akhlak) dan ilmu-ilmu asas (Bahasa Arab dan Pengajian Al-Quran)  pada peringkat pertengahan.

 

 

·        Matapelajaran bagi Peringkat Pertengahan:

 

Aqidah 1, Hadis 1, Tafsir 1, Fiqh 1 (Toharah, Solat, Puasa), Sirah Nabi 1, Tajwid 1

 

 

 

·        Matapelajaran bagi Peringkat Lanjutan:

 

Aqidah 2, Hadis 2, Tafsir 2, Fiqh 2 (Zakat, Haji), Sirah Nabi 2, Tajwid 2

 

 

* Pemilihan peringkat akan diteliti berdasarkan pengajian Islam yang pernah diikuti sebelum ini.

 

 

Pembayaran Yuran

 

 

 

Syarat-syarat dan terma bagi Program Takrif Islam di Rumah (PTIR)

 

 

1.      Borang hendaklah dibaca dengan teliti dan diisi dengan lengkap.

2.      Wang pendaftaran adalah sebanyak $60.00 dan tidak akan dikembalikan.

3.      Penentuan kelas akan berdasarkan permintaan pelajar dan kesesuaian modul akan ditetapkan oleh Pergas.

4.      Penukaran masa kelas tidak digalakkan setelah ditetapkan.

5.      Jika pelajar tidak boleh mengadakan kelas pada waktu yang tertentu atas alasan yang munasabah, penukaran kelas hendaklah diberitahu kepada kedua belah pihak dan juga Pergas.

6.      Jika terdapat maklum balas bersifat administratif, hendaklah diajukan kepada Pergas dan kami akan bertindak sebagai penghubung antara kedua belah pihak.

7.      Untuk menghentikan perkhidmatan Program PTIR, pelajar mestilah membuat permohonan secara bertulis sebulan dari tarikh yang diinginkan.

8.      Semua kelas akan bermula pada minggu pertama.

9.      Permohonan ditunda sehingga Pergas berjaya mendapatkan tenaga pengajar bagi mereka.

10.  Borang yang telah dihantar akan diteliti dan diproses tidak kurang dari 3 minggu. Jika tidak mendapat sebarang respon sila hubungi kami talian      6346 9363 atau email kepada ptir@pergas.org.sg

11.  Pergas berhak mengambil tindakan jika yuran bulanan tidak dapat dilunaskan selama 8 sesi pengajian atau 2 bulan.

12.  Pergas akan membekalkan “Buku Rekod Kehadiran” untuk diisi dan ditandatangani pihak pelajar dan tenaga pengajar.

 

 

 

 

Ayuh segeralah mendaftar…..

 

 

Ø      Pendaftaran dibuka dari sekarang. Untuk membuat pendaftaran atau pertanyaaan sila hubungi pegawai yang bertugas di talian 63469363/46 (Ustazah Haslina/ Ustaz Hasrudi) atau email: ptir@pergas.org.sg